Advertisement

10 BURUNG TERCANTIK DI DUNIA

SETIAP spesies burung lahir unik dengan keindahan dan kelebihan yang dimiliki masing-masing. Ada burung yang dianggap unik kerana suaranya. Ada pula burung yang unik kerana kecantikan dan keindahan bulu yang dimiliki oleh mereka. Terdapat berbagai spesies burung yang dianggap cantik di dunia. Di sini saya senaraikan 10 burung tercantik di dunia.


1. Merak


Semua orang pasti mengenali burung ini. Burung merak atau nama saintifiknya Pavo Muticus memiliki ekor yang sangat cantik. Ekor indah ini dimiliki oleh spesies jantan biasanya digunakan untuk menarik perhatian sang betina ketika musim mengawan. Ekor yang cantik itu boleh membesar sehingga 5 kaki atau sekitar 1.5 meter. Burung merak juga dikenali sebagai salah satu burung terbesar di dunia. 


2. Golden Pheasant


Burung Golden Pheasant sering dikenali sebagai burung tercantik di dunia kerana memiliki bulu yang sangat cantik. Burung ini memiliki bulu berwarna kuning keemasan bersama warna merah darah sejak lahir. Bahagian leher hingga punggung burung ini dihiasi dengan garis-garis berwarna oren yang melingkar. Selain itu, jambul yang dimiliki burung ini membuatkan ia tampak lebih bergaya.


3. Cenderawasih


Burung cenderawasih atau lebih dikenali sebagai burung syurga ini mempunyai bulu dan ekor yang sangat cantik. Burung ini mempunyai ekor warna putih dan kuning yang memanjang. Antara kesemua spesies burung Bird of Paradise, hanya satu spesies cenderawasih sahaja yang dikatakan cantik. Burung cenderawasih boleh dijumpai di New Guinea dan Kepualauan Aru di Indonesia. 


4. Scarlet Macaw


Burung Scarlet Macaw merupakan salah satu daripada burung paling cantik yang terdiri daripada famili Macaw berbanding spesies yang lain. Kecantikan burung ini adalah pada warna-warna bulunya yang indah, iaitu warna merah cerah, kuning, hijau dan biru. Paruh yang kuat dan melengkung juga merupakan ciri lain yang dimilikinya.  Burung ini boleh dijumpai di kawasan hutan lembap di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.


5. Flamingo


Flamingo merupakan burung air yang paling dikenali di dunia. Warna bulu merah-ungu mereka terhasil daripada makanan yang mereka makan. Makanan mereka terdiri daripada udang air masin, plankton, dan alga biru-hijau. Mereka juga sering menghabiskan masa meminyakkan bulu mereka menggunakan kelenjar khusus yang dimilikinya. Ini membantu mereka agar bulu mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik. 


6. Hyacinth Macaw


Burung Hyacinth Macaw merupakan spesies nuri paling besar di dunia dengan ukurannya yang mampu mencapai 100 cm. Burung ini mempunyai bulu yang berwarna biru pekat yang amat cantik. Mereka berasal dari kawasan padang rumput savana yang terletak di Brazil Utara. Sayang sekali, populasi burung jelita itu menurun setiap tahun. Penyebab utamanya ialah pemburuan liar dan hilangnya habitat burung ini. 


7. Pekaka Emas


Burung pekaka emas berasal dari hutan tropika Asia Selatan, terutama Sri Lanka dan India. Burung pekaka emas dinilai dengan panjang lebih kurang 35 cm. Corak warna bulunya terlihat indah dengan variasi warna kelabu kehitaman, putih, biru tua, jingga dan warna merah. Burung pekaka emas juga mempunyai paruh yang cukup panjang dan lebar. 


8. Keel-billed Toucan


Burung Keel-billed Toucan merupakan salah satu burung paling cantik daripada famili burung berparuh panjang. Burung ini mempunyai paruh berwarna-warni dan bulu hitam legam. Burung jantan menggunakan paruh besar berwarna-warni ini untuk menarik perhatian burung betina ketika musim mengawan. Biasanya, burung Keel-billed Toucan terdapat di hutan-hutan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.


9. Bohemian Waxming


Burung Bohemian Waxming mempunyai jambul khas dan corak seperti topeng di muka. Selain jambul, bulunya yang berwarna coklat juga membuatkan burung Bohemian Waxming kelihatan sangat cantik. Burung ini juga dikenali sebagai burung penyanyi kerana kicauan yang dihasilkan burung ini sangat merdu. Burung pemakan serangga dan buah ini sering dijumpai di hutan Boreal di seluruh Amerika Utara, Eurasia, Kanada dan Alaska.


10. Atlantic Puffin


Burung Atlantic Puffin atau lebih dikenali sebagai burung Beo sering menghabiskan masanya di laut. Menariknya, burung ini mempunyai bulu kedap air yang membolehkan mereka mencari makanan di permukaan dan di dalam air laut. Kepantasannya terbang boleh mencapai 55 batu sejam dengan kepakan sayap sehingga 400 kali seminit. Burung Atlantic Puffin boleh ditemui di tebing-tebing Pulau Utara Laut Atlantik. 


Sumber : Google

Catat Komen

1 Ulasan