Advertisement

10 PEMAIN BOLA SEPAK TERBAIK DI DUNIA

BOLA SEPAK merupakan sukan yang paling digemari ramai di seluruh dunia. Jika ditanya pada peminat-peminat bola sepak berkenaan siapakah pemain bola sepak terhandal di dunia, pasti masa untuk memikirkan jawapan itu mengambil masa yang lama. Ini kerana sejak beberapa tahun yang lalu, arena bola sepak sering dikejutkan dengan kebolehan dan kehandalan pemain-pemain sehingga membuatkannya sukar untuk membuat keputusan siapakah pemain bola sepak terhebat di dunia. Berikut merupakan 10 pemain bola sepak terhebat di dunia yang pernah meraih pelbagai trofi dan kejayaan sepanjang karier mereka beraksi.


1. Lionel Messi ( Argentina )

Pemain yang berasal dari Argentina ini boleh dikatakan sebagai pemain bola sepak terhebat di dunia yang masih bermain walaupun gagal menjulang apa-apa trofi untuk skuad kebangsaan Argentina. Pemain yang berusia 33 tahun ini telah menjaringkan sebanyak 750 gol dalam kariernya bahkan beliau juga kini memegang rekod sebagai penjaring gol terbanyak bagi sesebuah kelab di dunia. Pada dekad ini, Messi telah memenangi 23 trofi kejuaraan untuk kelabnya, FC Barcelona. Dalam lima liga utama Eropah, tiada sesiapa yang mampu menandingi jumlah bantuan gol beliau, iaitu sebanyak 136 bantuan sepanjang 10 tahun. Pencapaian yang paling membanggakan buat beliau ialah pemegang 6 anugerah Ballon d'Or sekaligus merupakan pemain yang memiliki Ballon d'Or terbanyak di dunia, selain memenangi 6 trofi dalam masa setahun bersama FC Barcelona pada musim 2009/10.


2. Pele ( Brazil )

Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman kerana beliau disifatkan sebagai pemain yang membuatkan permainan bola sepak menjadi satu permainan yang indah. Pele bukan sahaja dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, malah beliau juga telah dinobatkan sebagai Athlete of the Century oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1999. Beliau bermain pada posisi penyerang di dalam skuad kebangsaan Brazil dan memegang rekod sebagai pemain yang paling banyak memenangi Piala Dunia, iaitu 3 kali. Sejak debut profesional beliau bermula pada umur 16 tahun hingga beliau bersara, beliau telah berjaya meneggelamkan semua pemain lain pada era beliau.


3. Diego Maradona ( Argentina )

Ramai di antara peminat dan pemain bola sepak menganggap Diego Maradona sebagai salah satu pemain bola sepak sepanjang zaman. Kehadiran dan kepimpinanya di atas padang memberikan kesan yang amat besar buat prestasi pasukannya. Beliau juga digelar sebagai "El Pibe de Oro" yang bermaksud Budak Emas. Pemain berjersi nombor 10 ini pernah bermain bersama kelab-kelab yang terkemuka di Eropah, terutamanya di FC Barcelona dan Napoli di mana tempat beliau banyak memenangi banyak penghargaan. Maradona juga pernah menjuarai Piala Dunia pada tahun 1986 di Mexico setelah mengalahkan Jerman Barat pada pusingan akhir, sekaligus menjadikan kapten skuad Argentina ini memenangi anugerah Golden Ball. 


4. Cristiano Ronaldo ( Portugal )

Tidak sah jika Cristiano Ronaldo tiada dalam senarai ini setelah berbagai pencapaian yang telah beliau capai sepanjang kariernya. Cristiano Ronaldo atau lebih dikenali sebagai CR7 pernah memenangi berbagai kejuaraan antaranya, UEFA Champions League, English Premier League, La Liga, Serie A dan Europa League. Antara kelab yang pernah disertai Ronaldo ialah Sporting CP, Manchester United, Juventus, dan terutamanya Real Madrid yang pernah meraih berbagai kejuaraan bersama beliau. Sepanjang karier kebangsaannya bersama skuad Portugal, pencapaian yang paling membanggakan apabila skuad beliau berjaya menjuarai UEFA Euro 2016 setelah menumpaskan Perancis pada pusingan akhir. Kejayaan yang paling besar buat Ronaldo ialah pemegang lima trofi Ballon d'Or. 


5. Johan Cruyff ( Belanda )

Pemain yang berasal dari Belanda ini dianggap ramai sebagai pemain terbaik yang pernah ada di Eropah. Johan Cruyff makin dikenali ramai apabila beliau bermain mewakili kelab Ajax dan FC Barcelona pada tahun 1960-an dan 1970-an. Namanya amat sinonim dengan strategi Total Football di mana beliau mampu menukar posisi ketika bermain. Pencapaian Cruyff yang paling membanggakan ialah pemenang tiga anugerah Ballon d'Or merangkap pemain terbaik Eropah ketika itu, lapan trofi bersama skuad kebangsaan Belanda, dan tiga trofi European Cup bersama kelab Ajax menumpaskan pesaing ketat kelab itu, iaitu Feyenoord. 


6. Andres Iniesta ( Sepanyol )

Pemain yang berasal dari Sepanyol ini boleh digelar sebagai pemain tengah paling berbakat dalam dunia bola sepak pada dekad ini. Graduasi akademi FC Barcelona, La Masia muncul sebagai pemain tengah yang hebat dari aspek teknikal bersama gandingannya, Xavi dan kemampuan gandingan mereka sukar dicapai mana-mana pemain lain. Iniesta muncul sebagai wira skuad kebangsaan Sepanyol apabila menjaringkan gol kemenangan ketika pusingan akhir Piala Dunia 2010 sekaligus memberikan trofi yang amat berharga itu buat negara kelahirannya itu, disamping memenangi UEFA Champions League pada tahun 2011 dan 2015 buat FC Barcelona.


7. Zinedine Zidane ( Perancis )

Legenda Perancis, Zinedine Zidane pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik FIFA sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1998, 2000, dan 2003 disamping memenangi Ballon d'Or pada tahun 1998. Beliau turut memenangi anugerah Golden Ball ketika kejohanan Piala Dunia 2006. Sebagai pemain di posisi tengah, Zidane dikenali dengan kawalan bola yang hebat dan memberikan inspirasi kepada rakan sepasukannya. Bersama skuad kebangsaan Perancis, Zidane pernah memenangi Piala Dunia 1998 dengan menjaringkan dua gol kemenangan pada pusingan akhir, selain menjuarai European Football Championship pada tahun 2000. Di peringkat kelab, Zidane pernah memenangi UEFA Champions League dan 2 Intercontinental Cup bersama Juventus dan Real Madrid.


8. Franz Beckenbauer ( Jerman )

Franz Anton Beckenbauer merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Jerman. Pada awal karier beliau, Beckenbauer popular dengan gelaran Der Kaiser yang bermaksud The Emperor kerana gaya, dominasi dan kepimpinannya di atas padang. Dua kali dinobatkan sebagai pemain bola sepak terbaik Eropah, Beckenbauer pernah mengangkat trofi Piala Dunia pada tahun 1974 dan disenaraikan oleh FIFA sebagai 100 pemain terbaik di dunia pada tahun 2004. Pada peringkat kelab bersama FC Bayern Munich, Beckenbauer pernah memenangi UEFA Champions League pada tahun 1967 dan tiga piala European Cup berturut-turut.


9. Sergio Ramos ( Sepanyol )

Kapten skuad Real Madrid, Sergio Ramos mungkin tidak diduga boleh menempa nama dalam senarai ini. Tetapi, ada beberapa sebab yang membolehkan Ramos digelar sebagai salah satu pemain terbaik di dunia. Kejayaan beliau bersama skuad Real Madrid dan skuad kebangsaan Sepanyol merupakan sebab yang paling utama untuk meletakkan Ramos sebagai antara pemain bola sepak terbaik di dunia. Walaupun bermain di posisi pertahanan tengah, Ramos merupakan individu yang sangat penting bagi kejayaan Real Madrid dan Sepanyol ketika kedua-duanya menjulang trofi. Beliau juga sering meledak gol-gol penting di saat-saat genting untuk memberikan kejayaan buat skuadnya.


10. Michel Platini ( Perancis )


Pemain yang menempah nama bersama skuad Nancy, St-Etienne dan Juventus, Michel Platini pernah memegang gelaran juara Eropah untuk kelab dan skuad kebangsaan Perancis selepas memenangi UEFA Euro pada tahun 1984 bersama Perancis dan Europa League pada tahun berikutnya dengan Juventus. Salah satu pemain bola sepak terbaik dalam sejarah dan peledak gol yang handal, Platini yang bermain di posisi tengah itu menjaringkan sembilan gol untuk memberikan kejuaraan buat Perancis pada tahun 1984. 



Sumber : Google

Catat Komen

1 Ulasan