Advertisement

5 NEGARA TERKAYA DI DUNIA

SENARAI 5 negara terkaya di dunia ini kebanyakannya dihuni oleh negara yang memiliki keluasan yang kecil. Namun, sektor kewangan canggih yang mampu menarik pelabur asing menjadikan negara-negara ini sebagai negara terkaya di dunia. Daripada 5 negara ini, majoritinya berasal dari Asia, dengan 2 negara terletak di Asia Tenggara. Berikut saya kemukan 5 negara terkaya di dunia.


 1. Qatar

Negara yang terletak di Timur Tengah ini menjadi negara terkaya di dunia dengan KDNK-PPP mencapai US$ 132.886. Sumber kekayaan Qatar yang dipengaruhi oleh rizab simpanan minyak, gas, petrokimia, seni bina moden, pusat membeli-belah mewah, dan masakan mampu menarik perhatian pelabur dan pelancong asing berkunjung ke negara tersebut. Jumlah penduduknya yang sedikit iaitu hanya mencapai 2.8 juta orang juga telah membuatkan Qatar berjaya menduduki senarai antara negara terkaya di dunia. Walaupun Qatar menerima impak negatif akibat penularan Covid-19, ekonomi Qatar dikatakan akan terus berkembang dalam jangka sederhana menjelang Piala Dunia 2022.


2. Luxembourg

Walaupun Luxembourg lebih dikenali sebagai sebuah negara yang kecil dan dilitupi hutan Ardennes yang padat, ekonomi maju Luxembourg ternyata mampu meletakkan negara kerdil di Eropah ini sebagai negara kedua terkaya di dunia. Ekonomi stabil dan berpendapatan tinggi Luxembourg dipengaruhi oleh perindustrian besi yang diusahakan sejak 1960-an lagi. Dalam beberapa dekad yang lalu, sektor kewangan mula mengambil alih sehingga menjadikan Luxembourg pusat pelaburan kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.


3. Singapura

Negara dari Asia Tenggara ini berjaya menduduki kedudukan ketiga sebagai negara terkaya di dunia. Walaupun Singapura tidak memiliki banyak sumber semula jadi, Singapura berjaya bangkit dengan kerja keras dan dasar pintar, menjadikannya sebagai salah satu negara mesra perniagaan di dunia. Ketika ini, Singapura dikenali sebagai sebuah pusat perdagangan, pembuatan, dan kewangan yang sedang berkembang pesat. Tetapi, itu tidak bererti Singapura kebal daripada kesan kemerosotan global, bahkan pada suku kedua tahun lepas ekonomi Singapura telah jatuh menjunam sehinggan 41% , menjatuhkan Singapura ke dalam kemelesetan ekonomi untuk pertama kali dalam tempoh satu dekad. 


4. Macau

Negara yang berada di bawah pentadbiran khas China ini telah berjaya menghasil kekayaan yang luar biasa. Dengan populasi lebih dari 600,000 orang. Ekonomi Macau dipengaruhi oleh industri perjudian yang telah menguasai hampir keseluruhan negara ini sejak tahun 2001. Bahkan, negara ini juga mempunyai lebih 40 kasino. Selain itu, sektor pelancongan Macau juga sedang berkembang berikutan kemasukan pelancong asing yang sentiasa membanjiri negara ini. 


5. Brunei Darussalam

Negara yang memiliki keluasan hanya 5.765 km persegi ini ternyata memiliki kekayaan yang luar biasa. Dianggarkan kekayaan Brunei Darussalam mencapai sekitar US$ 28 juta. Kekayaan tersebut dipengaruhi oleh rizab simpanan minyak dan sumber semula jadi. Bahkan, kekayaan yang dimiliki negara Brunei Darussalam dikatakan lebih 50 kali ganda berbanding kekayaan Queen Elizabeth dari United Kingdom. 



Sumber : Google

Catat Komen

1 Ulasan