Advertisement

KENALI JALUR GEMILANG

BENDERA Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang merupakan bendera kebangsaan yang telah dicipta oleh Encik Mohamed bin Hamzah.

 
Sejarah

Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundagan Perseketuan telah mengadakan pertandingan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk  pada Mei 1948 dan seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah telah dipilih sebagai pemenang.

Warna dan Corak


Warna biru melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 

Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan.

Warna merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan

Warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan.

Anak bulan  membawa maksud islam sebagai agama rasmi negara.

Bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.

Adab Menghormati Bendera.

1. Jangan meletakkan bendera di atas tanah.

2. Tidak boleh mengelap tangan dengan bendera apabila tangan kotor.

3. Jangan bercakap dengan rakan semasa bendera dinaikkan dan meyanyikan lagu Negaraku.

4. Menggantungkan bendera di rumah  atau kedai pada Hari Kebangsaan.


Sumber : Google

Catat Komen

0 Ulasan