Advertisement

6 WABAK PENYAKIT PALING DAHSYAT DALAM SEJARAH

MENGIKUT peredaran masa dan zaman, dunia seringkali menjadi mangsa kepada makhluk seni yang amat kecil dan menggerunkan. Selain melumpuhkan sistem dan fungsi badan manusia, ia seakan-akan memberi mesej kepada manusia bahawa peradaban dan populasi manusia juga bersilih ganti apabila pandemik demi pandemik meragut jumlah nyawa yang amat banyak. Pandemik bermaksud sesebuah wabak yang menyerang dalam skop yang amat besar dan akan mengancam kawasan yang amat luas seperti sebuah negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Jadi, di sini saya ingin kongsikan 6 pandemik wabak penyakit yang paling dahsyat pernah berlaku sepanjang sejarah peradaban manusia. 


1. Maut Hitam 

Wabak maut hitam atau juga dikenali sebagai Black Death dipercayai bermula sekitar tahun 1346-1353. Wabak ini dikatakan telah meragut jumlah yang paling ketara daripada populasi dunia ketika itu, iaitu sekitar 200 juta mangsa telah terkorban. Mangsa korban wabak maut hitam ini majoritinya merupakan warga dari Eropah. Wabak maut hitam berpunca daripada sejenis bakteria yang dikenali Yersinia Pestis yang disebarkan melalui kutu dan dipercayai sudah pupus pada masa kini. Pesakit akan menunjukkan gejala-gejala seperti tempelan hitam yang tumbuh pada kulit yang kemudiannya bernanah sehingga mengeluarkan darah. 


2. Wabak Justinian

Wabak yang berlaku pada tahun 540 ini mula merebak ke bandar-bandar besar seperti Alexandria dan Constantinople disebabkan oleh kehadiran tikus-tikus dalam kapal dipercayai datang dari Mesir ke sebuah pekan pelabuhan bernama Pelusium. Wabak Justinian telah merebak melangkaui benua Eropah, Asia dan Afrika, dan dianggarkan telah membunuh sehingga 100 juta orang hampir separuh daripada populasi manusia ketika itu. Pada ketika itu, tidak ada cara dan kaedah yang boleh diguna pakai untuk membendung penularan wabak kerana banyak yang tidak diketahui tentang wabak Justinian ini. Berdasarkan kepada kajian, dipercayai wabak Justinian berakhir bukan kerana mereka menemui penawarnya, tetapi ia berakhir kerana semua yang dijangkiti meninggal dunia. 


3. Cacar Air

Wabak cacar air ataupun Small Pox dikatakan bermula sejak zaman Empayar Mesir dan telah menyerang sekitar 56 juta populasi dunia. Merujuk kefahaman dari info kesihatan, virus cacar air yang juga dikenali sebagai virus Varicella tersebar melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu batuk atau bersin. Difahamkan, seseorang yang dijangkiti cacar air akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh. Ia boleh merebak dengan menyentuh atau menghirup zarah yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh. Hari ini, dengan kecanggihan teknologi perubatan moden, cacar air mampu dicegah dengan suntikan vaksin. 


4. Selesema Sepanyol

Selesema Sepanyol atau Spanish Flu merupakan antara insiden paling mengerikan dalam sejarah tamadun manusia, yang malangnya, dilupakan ramai orang. Pandemik Selesema Sepanyol telah menjangkiti kira-kira 500 juta orang di seluruh dunia, dan 50-100 juta orang telah terkorban hanya dalam masa kurang 2 tahun. Mereka yang menghidap penyakit ini akan mengalami kelemasan dan batuk tanpa henti kerana peparu mereka telah dipenuhi cecair. Muka mereka berubah daripada biru, kepada ungu dan kaki mereka menjadi hitam. Mereka yang bernasib baik cumalah mati lemas akibat peparu mereka. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berjabat tangan, tinggal di rumah dan dilarang meludah. Pada ketika wabak melanda, doktor dan saintis tidak pasti penyebabnya dan bagaimana merawatnya. Ia kemudian lesap tanpa penjelasan yang memuaskan. 


5. HIV/AIDS

Secara umum, singkatan HIV membawa maksud 'Human Immunodeficiency Virus'. Virus ini akan menyerang badan seseorang dan menyebabkan penyakit sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS yang mampu memusnahkan sistem ketahanan badan. Menurut portal UNAIDS, sejak kes pertama direkodkan 35 tahun lalu, terdapat 78 juta mangsa telah dijangkiti HIV dan 35 juta daripadanya telah meninggal dunia. Berdasarkan kajian sejarah, HIV/AIDS yang wujud sehingga kini itu berpunca daripada seekor monyet di Afrika. Walaupun sudah beberapa dekad berlalu, vaksin untuk menghapuskan virus ini masih belum ditemui. 


6. Wabak Antonine

Berlaku pada tahun 165 hingga tahun 180, wabak Antonine yang turut dikenali sebagai wabak Galen sempena nama pakar perubatan Rom, merupakan sejenis wabak yang merebak dikalangan masyarakat Rom ketika itu. Menyebabkan kematian lebih 2000 orang dalam tempoh satu hari, jumlah kematian secara keseluruhannya dianggarkan kira-kira 5 juta orang, menghapuskan lebih satu per tiga populasi di beberapa kawasan jajahan Rom serta melemahkan tentera Rom. Dikatakan wabak Antonine berlaku disebabkan penyebaran penyakit cacar air, wabak ini bukan saja tersebar di kalangan masyarakat Rom malah turut menghantui masyarakat Cina berikutan kedatangan orang Rom ke sana, atas faktor hubungan diplomatik dan ekonomi. 



Sumber : Google


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Moga dijauhkan wabak seperti ini lagi

    BalasPadam
  2. bahayanya wabak-wabak ni.. harap lenyaplah covid selepas ini...

    BalasPadam